I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 11, 2008

Jutawan Beriman

Alang-alang nak jadi jutawan biarlah jadi jutawan yang beriman. Jutawan yang mengikut garis panduan yang telah di tetapkan oleh islam. blog jutawan beriman ingin membawakan kepada anda tips-tips untuk menjadi jutawan yang unggul tetapi dalam masa yang sama tidak melanggar hukum islam.

Misi dunia nak menjadi jutawan, jutawan yang ada nilai budi pekerti, jutawan yang menjaga kebajikan orang-orang di sekelilingnya. saling membantu antara satu sama lain. saling ingat mengingati.

Misi Akhirat nya pula untuk menjadi hamba allah yang taat serta patuh kepada perintah Allah S.W.T.

10 comments:

jutawanukhrawi said...

perkataan 'islam' seeloknya mcm ni 'Islam'. perkataan 'Allah SWT' mcm ni 'Allah s.w.t'. sekiranya huruf bsr mcm ni 'ALLAH S.W.T.'

cdm suhaili said...

terima kasih

Ita said...

Assalamualaikum...Terima Kasih atas semua Tips.Saya kebingungan sekarang ini.Saya perlu susun semula gerakerja saya untuk menjadi JUTAWAN yang berkualiti.

JLA8580 said...

TIPS
MENJADI INDIVIDU YANG MENGIDAMKAN KEJAYAAN

CORE PERSON adalah pengedar yang mengikuti sistem yang diduplikasi. Perniagaan anda bermula apabila anda telah memberikan komitmen dan fokus terhadapnya.

1.MENJADI 100% PENGGUNA PRODUK
Gunakan produk-produk keluaran Hai-O. Mengalami perubahan diri dan menjadi testimoni kepada kehebatan produk Hai-O.

2.MEMPERKENALKAN PRODUK KEPADA PELANGGAN
Pengedar Hai-O mendapat keuntungan runcit daripada penjualan produk, bahkan anda juga akan mendapat pendapatan daripada nilai PV&BV. Berniat membantu pelanggan agar mereka cepat sembuh. Keberkesanan Produk Hai-O pada pelanggan anda akan membuka peluang penajaan usahawan baru.

3.MEMPERKENALKAN PROSPEK / BEKERJA DENGAN SENARAI NAMA
Menyenaraikan senarai nama, membuat temujanji, meminta bantuan pemimpin untuk membantu anda.

4.MENUNJUKKAN PELAN PEMASARAN / PENGENALAN SYARIKAT
Belajar untuk membuat presentasi secara individu, berpasangan atau kumpulan. Menunjukan pelan pemasaran sekurang-kurangnya 1 kali sehari pada seorang prospek atau rakan. Terangkan serba ringkas keistimewaan, kekuatan dan testimoni produk Hai-O

5.MENGHADIRI MAJLIS ILMU, SEMINAR ATAU MOTIVASI
Memberi peluang untuk menimba ilmu dan mendapat semangat dengan menghadiri MPP(MyJ Project Presentation) yang tetap setiap minggu. Mengikuti kursus yang telah disediakan oleh MyJ.

6.MEMBACA BUKU MOTIVASI ATAU MENDENGAR KASET MOTIVASI
Agihkan 10% daripada pendapatan anda untuk berbelanja kepada buku-buku atau kaset-kaset yang memberi motivasi dan teknik-teknik yang membantu anda.

7.BELAJAR UNTUK BEKERJASAMA DALAM KUMPULAN
Tunjuk ajar bermula dari atas ke bawah, memperkenalkan di antara satu sama lain, membantu ahli kumpulan dalam majlis ilmu dan hormat-menghormati.

zackyemo said...

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu’alam.

[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad),Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.
[2] Muntakhab Ahadits (terjemahan Muhammad Qasim at Timori), Maulana Muhammad Yussuf Al-Khandalawi, Pustaka Ramadhan, Bandung, Indonesia, 2004; Riwayat Tirmizi, ms327
[3] Jami-ul-Saghir, op. cit.; Riwayat Baihaqi, hadith #8942, menurut Imam Suyuthi berstatus daif.
[4] Muntakhab Ahadits, op. cit.; ms 244
[5] Ibid.

norhisyam said...

http://www.topix.com/forum/world/brunei/T31S1QS4DDUFBRN36/p656#lastPost

mintak CDM komen sikit blog ni

cdm suhaili said...

Salam,

Tidak Perlu D Layan Sebab Kita Ada banyak perkara lagi yang perlu diselesaikan. Rasanya tidak perlu berdebat apatah lagi kata mengata kerana ia hanya membazirkan masa kita.Apa yg penting kita tahu apa yang kita lakukan. moga Allah S.W.T. bersama Kita, InsyaAllah

Mohd Rafi Bin Abd Latif said...

Salam Perjuangan! kepada rakan kongsi MyJ sila lah lawati laman BLOG yang baru dibina...berilah cadangan/komen membina anda di situ..Semoga kita semua diberkati adanya.http://myjklsel.blogspot.com/

Mohd Rafi Bin Abd Latif said...

Salam Perjuangan! kepada rakan kongsi MyJ sila lah lawati laman BLOG yang baru dibina...berilah cadangan/komen membina anda di situ..Semoga kita semua diberkati adanya.http://myjklsel.blogspot.com/

OEN-OEN said...

makasih infonya ^_^